Selepas single terbaharu Siti Sarah dan Shuib berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC) dilancarkan, pelbagai komen diberikan pendengar.

Ramai yang meninggalkan komen positif memuji lirik dan melodi lagu SBSC sehinggalah yang membandingkan suara Sarah dengan penyanyi Nabila Razali.

Salah seorang pendengar berpendapat lagu SBSC lebih sesuai jika dinyanyikan Shuib dan Nabila kerana tone suara Sarah tidak moden.

“Sorrylah nak komen jujur sikit, I rasa lagu ni okay sebenarnya tapi vokal Sarah macam tak okay, ada something yang I rasa kurang tak layak lagu ni untuk dia.

“Shuib nyanyi pun best sangat…Kalau Shuib duet dengan Nabila Razali comfirm lagu ni popular sebab tone suara Nabila moden, BBNU suka.

“Macam Sarah, suara dia suara yang tak moden. Harap Sarah yang mengandung tak payahlah sentap,” komen seorang pendengar.



Sarah bagaimanapun telah memberikan reaksi positif kepada komen tersebut tetapi meminta agar tidak dibandingkan dengan mana-mana penyanyi.

Menurut Sarah, semua penyanyi ada kelebihan masing-masing serta turut meminta pendengar tersebut memberikan komen lebih jelas mengenai suara tidak moden.

“Maaf dik ... Tapi Sarah rasa, tak patut la nak bandingkan Sarah dengan mana-mana penyanyi pun.

“Bagi sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke. semua ada kelebihan masing-masing.

“Sarah sendiri sebenarnya sangat respect dengan @nabila.razali dia seorang bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik,” katanya

Sarah turut menyatakan kesediaan untuk mencari guru vokal yang boleh mengajarnya menjadi penyanyi bersuara moden.

Tambah Sarah, dia bersikap terbuka dan menerima semua komen secara positif kerana mahu memajukan diri.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)