VIRAL
"Kalau Tak Tahu Minta Nasihat" - Promosi Produk Peninggi, Dr. Amalina Bakri Nasihatkan Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa sekali lagi meraih perhatian pegawai perubatan tempatan apabila dikatakan cuba mempromosi produk peninggi tanpa fakta yang tepat.
Menurut beberapa doktor dan pakar terkenal antaranya Dr. Amalina Bakri, Dr. Beni Rusani dan Dr. Rafidah Abdullah, maklumat yang dikongsikan selebriti itu boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
"Sebagai seorang doktor saya menggalakkan selebriti Malaysia untuk lebih berhati-hati ketika mempromosikan produk di sosial media.
"Jika anda tidak pasti kesan dan risiko, mintalah nasihat.
"Tolong jadi lebih bertanggungjawab memandangkan anda mempunyai peminat dan pengikut yang sentiasa memerhatikan anda. Terima kasih," nasihat Dr. Amalina.
Sementara itu, pakar jantung Dr. Beni Rusani memberitahu tiada sebarang ubat alternatif untuk menambah ketinggian manusia.As a doctor, I would like to encourage Malaysian celebrities to be more careful at promoting products on their social media. If you’re not sure of the consequences, please ask for advice. Please be more responsible as you have fans and followers who look up to you, thank you.— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) April 24, 2018
"Daripada pandangan perubatan dan sains, tiada sebarang pil atau makanan tambahan yang boleh meningkatkan ketinggian manusia. Kecuali kasut tumit tinggi," tulisnya.
I've been tagged to answer this.Answer: From medic & science view, there's no pill / supplement that could increase human's height.(Except high heels.. lews, jgn kecam) pic.twitter.com/Fc5fHkFOss— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) April 24, 2018
Tidak ada pil/suplemen yang boleh meninggikan sesiapa pun.Maklumat IG ini salah. https://t.co/zpkzm7wg4y— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 24, 2018
Anggaran tumbesaran ketinggian terhenti sekitar 21 tahun untuk lelaki dan 18 tahun untuk wanita.Saja bagitahu.— DrSazOne (@drwaque) April 24, 2018
Menerusi Instagram pelakon itu baru-baru ini, Neelofa telah memuat naik entri bersama kapsyen mempromosikan sebuah produk makanan tambahan yang mampu menambah tinggi seseorang.
Bagaimanapun, entri itu telah dipadamkan.
Sekitar Februari lalu, Neelofa mendapat kecaman netizen apabila mempromosikan produk yang dikatakan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan dan mengembalikan keanjalan wajah.
Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @neelofa, @dramalinabakri
Must-Watch Video