Penyanyi dan komposer Faizal Tahir percaya jika seseorang tidak ada perkara baik untuk diperkatakan, maka lebih elok berdiam.

Perkara itu diperkatakan menerusi respon balas terhadap seorang pengguna Twitter yang menulis tentang pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kalau tak ada perkara baik nak cakap tentang seseorang, lebih baik jangan cakap apa-apa. Ini bukan ajaran Baginda Rasulullah, ini bukan juga sifat Islam.

"Hanya penakut yang tak menunjukkan diri ketika mereka membaling batu," tulis Faizal.



Kenyataan Faizal mengundang reaksi berbeza dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju, pada masa sama, ramai juga yang tidak bersetuju dan menyentuh pelbagai perkara ketika pentadbiran Muhyiddin.

Malah, ada juga netizen yang menyifatkan Faizal beralih arah kerana dia pernah mengeluarkan kenyataan berbeza beberapa tahun lalu.



Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.

Tindakan itu menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan apabila tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 29 Februari 2020.