Gaya Hidup
"Kalau Tambah Ikan Bilis Baru Perfecto" - Rekaan Kasut Vans Nasi Lemak Ini Buat Ramai Terliur
Pertandingan paling ditunggu-tunggu oleh peminat Vans iaitu Vans Custom Culture kini kembali lagi.
Pastinya ramai anak muda berbakat seluruh negara khususnya di Asia akan mempamerkan rekaan kreatif mereka pada pertandingan tersebut.
Namun, di Twitter ketika ini viral satu rekaan hasil seorang pemuda dikenali sebagai Afiq Afify Anuar.
Rekaan kasut vans tersebut mengangkat hidang popular Malaysia iaitu nasi lemak sebagai elemen utama.
"Hi, ini adalah proposal saya untuk vans custom culture dengan tema nasi lemak. Wish me luck," katanya pada posting di Twitter.
Sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut telah dikongsi lebih 11,600 kali oleh warga Twitter.
Pada sama, Afiq turut memuat naik video proses menghasilkan rekaan tersebut.Hi, this is my my proposal for vans custom culture with Nasi Lemak theme. Wish me luck. exif: ipad pro pic.twitter.com/APS0W49rDv— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
Anda boleh lihatnya di bawah.
Sementara itu rata-rata warganet dilihat sangat teruja dengan rekaan tersebut.working process pic.twitter.com/ulOH7QcpvE— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
Ada yang meminta supaya diletakkan minuman teh tarik pada rekaan berkenaan dan tidak kurang juga yang mencadangkan supaya menambah elemen ikan bilis dalam karya nasi lemak tersebut.
Mntak sebelah lagi buat teh tarik. Mcm ngam ja pagi2 lapar terus gigit kasut— ‘Deen’ (@DynoDeen) September 30, 2019
Untuk rekod, juara bagi pertandingan Vans Custom Culture akan membawa pulang wang tunai USD 25,000 (RM104,855) berserta kasut vans dengan rekaan pemenang itu sendiri.Bro add some bilis and it’s perfecto! ?
— amirhams (@amirul_haqimi) September 30, 2019
Must-Watch Video