Gaya Hidup
"Kalau Terlepas Imunisasi Vaksin Anak Masa PKP Boleh Consult Doktor" - Betty Rahmad
Pelakon dan usahawan Betty Rahmad menggalakkan ibu bapa yang terlepas untuk melakukan vaksin kepada anak-anak mereka supaya bertemu dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan nasihat.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Betty turut berkongsi kisah anaknya Ardy Wira yang perlu mendapatkan vaksin pada usia 18 bulan.
"Cepatnya masa berlalu. Lagi berapa hari nak kena bawa @ardywira_ dapatkan vaksin 18bulan. Parents ada tak yang terlepas vaksin anak dari waktu PKP haritu?
"Even masa awal-awal PKP haritu saya pun ada terfikir selamat ke nak pergi hospital bawa anak ambil vaksin," tulisnya di entri tersebut.
Menurut Betty, ibu bapa tidak perlu terlalu risau jika terlepas untuk melakukan vaksin akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
"Jangan risau kalau ada yang terlepas immunisasi vaksin anak masa PKP haritu, boleh consult dengan doktor korang cepat.
"Saya pun baru tau kita boleh dapatkan lebih dari 1 vaksin dalam 1 masa dan ianya selamat," kata Betty yang turut berkongsi satu laman sesawang oleh Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM).
Anda boleh ke laman sesawang Immunilise4life untuk mendapat pelbagai maklumat tentang imunisasi untuk semua termasuk anak-anak anda.
Betty Rahmad mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis atau nama sebenarnya Ardy Shafiq pada 5 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Ardy Wira pada 19 Januari tahun lalu.
Must-Watch Video