Laman Utama

“Kali Ini Saya Akan Go All Out! Lawan Untuk Hidup Saya” - Nurul Shuhada

gempak
Shahrin Zulkifle
04/03/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Kali Ini Saya Akan Go All Out! Lawan Untuk Hidup Saya” - Nurul Shuhada

“Mungkin dia tiada harga diri?,” demikian jawab bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada terhadap pertanyaan seorang netizen.

Menerusi muat naik di Instagram Stories, Shuhada berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan perbualanya bersama seorang individu yang bertanyakan mengapa ada pihak ketiga sanggup bertindak mengganggu rumah tangganya.

“Tak setuju langsung tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Sebab, kalau perempuan tak layan benda ini tak akan jadi.

“Kalau perempuan ada harga diri semua ini boleh elak. Lelaki ni kadang-kadang dia test market.

“Kita yang perempuan memang diberi akal lebih, kalau tekad, memang tak akan jadi,” kata individu tersebut.

Pada hantaran sama, Shuhada sempat menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan berkemungkinan orang ketiga itu tidak mempunyai harga diri.

Malah, tegas ibu kepada dua cahaya mata itu, dia akan bangkit mempertahankan dirinya dan berjuang berhabisan.

“Mungkin dia tiada harga diri? Jangan tanya saya tanyalah wanita itu.

“Kali ini saya akan go all out! Saya akan lawan untuk hidup saya, cukup lah jadi manusia baik sangka. Separuh mati dah aku kena,” jawabnya.

Kecoh baru-baru ini apabila ahli keluarga terdekat mengesahkan Shuhada telah diitumbuk tiga kali di bahagian muka oleh Hafidz sehingga mengalami cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024