Vokalis Wings, Datuk Awie mengimbau kenangan bersama pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad yang menghadap Ilahi pada pagi semalam.
Awie menerusi Instagram memuat naik foto bersama arwah ketika kali terakhir bertemu di Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Mei 2019.
“Kali terakhir arwah Abang Yazit pergi menonton konsert aku... Konsert Laksamana Metal di PWTC.
“Abang Yazit dalam kenangan... We miss u bang... Aku doakan kau tenang dan happy di sana bang... Al-fatehah,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Awie sedang menyambut Yazit dalam pelukannya sambil disaksikan oleh ahli kumpulan Wings yang lain.
Foto itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah Yazit.
BACA: Pemain Dram Lagenda, Yazit Search Meninggal DuniaYazit Ahmad, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 11.53 pagi semalam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di