Pelakon Emma Maembong akui tidak menyangka Kamal Adli buat kejutan hari lahirnya di panggung wayang, malam semalam.

Namun kejutan ulang tahun lahirnya yang ke 25 itu turut dibantu oleh peminat Emma iaitu Emavengers.

Menerusi entri Instagram akaun Emma, dia menceritakan bagaimana kejutan itu dilakukan tanpa dia sendiri mengesyaki apa-apa.

Berikut kapsyen dengan gambarnya bersama Kamal Adli

Thank you so much @kamaladli for the suprise ? mula2 awak ajak sy tgok wayang cita power rangers . Tgh sedap2 tgok wayang tiba2 gelap . Lepas tu keluar video wish korang semua and drama sikit yg korang gigih buat. Serious tak sangka satu hall tu korang book untuk buat birthday saya. Sgt2 hargai. Dan mmg surprise ini sgt2 SURPRISE !! Tak sangka dalam wayang pon jadi !! Love you all yg dtg td. ??❤❤ #emavengers #emmamaembong #emmaturns25 @emavengers

Bagaimana pun kejutan hari jadi itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Aima Hakim Ridza, Eina Azman, Michele Ang dan Hisyam Hamid.

Emma dan Aiman kini muncul dalam filem Kimchi Untuk Awak yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam.

Berikut merupakan foto sekitar majlis tersebut:







Teks oleh Syafiqah Jalal