Pelakon Kamal Adli, 35, kembali aktif di media sosial selepas selesai menjalani tempoh kuarantin kerana disahkan positif Covid-19.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli melahirkan rasa syukur kerana dia kini sudah pulih dan boleh kembali bekerja di set penggambaran.

"Saya dah kembali. Lama hilang sebab kan hari tu Kamal positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang alhamdulillah dah negatif, syukur..

"Sekarang masuk set penggambaran baru drama DUIT, best cerita ni pasal scammer!!" tulisnya di Instagram (IG).

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat berasa gembira apabila pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa sudah sihat sepenuhnya.

Namun, ada segelintir pengikut yang risau dengan bentuk badan teman lelaki aktres Uqasha Senrose yang kelihatan susut daripada sebelum ini.

"@norsalina_j: Memang kebanyakan yang positif Covid-19 ni akan susut beratkan.

"@nurania283: Alhamdulillah, patut lah sepi. Apapun, jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhkan dari perkara yang tidak diinginkan.

"@sajeha_gold: Alahai nampak tak sihat. Semoga semua urusan dipermudahkan.

"@md.syafiq92: Asal nampak pucat dan kecut?

"@clouds21st: Nampak lain, cengkung dan makin kurus. Apapun, semoga Kamal diberikan kesihatan yang baik selalu," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Kali terakhir Juara Hero Remaja 2007/2008 itu memuat naik fotonya adalah pada 4 Januari lalu.

Selain Kamal, antara selebriti lain yang turut dijangkiti virus merbahaya itu adalah Ashraf Muslim, PU Riz, Puteri Aishah, Alif Satar, Emma Maembong, Aprena Manrose, Shima Anuar dan Aeril Zafrel.