gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Jangan Sibuk Nak Tegur Rumah Tangga Orang Kalau…” - Che Ta ‘Geram’ Netizen Berterusan Pertikai Caranya Didik Anak
SUKAN
Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!
HIBURAN
Netizen Kurang Senang Lihat Aishah Menari, Ini Respons Tuan Badan - “Kerja Saya, Tak Suka Sila Scroll”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kamal Adli Mahu Berehat Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Rancang Bawa Keluarga Bercuti – “Saya Mahu Beri Fokus Pada Hawra & Uqasha”

gempak
Khairil Khusyairi
16/05/2025
20:50 MYT
Sponsor Banner
Kamal Adli Mahu Berehat Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Rancang Bawa Keluarga Bercuti – “Saya Mahu Beri Fokus Pada Hawra & Uqasha”
Pelakon, Kamal Adli memaklumkan dia akan berehat seketika selepas hampir 6 bulan bekerja di set penggambaran drama Dia Imamku.

Fokus Pada Hawra & Uqasha

Kongsi Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, dia merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas selesai saki-baki komitmen kerjanya.
“Saya mahu berehat seketika, sebab saya ‘shooting’ selama 6 bulan sebelum ini, jadi belum ada rehat.

“Saya mahu beri fokus pada Hawra dan Uqasha. Tak lama pun berehat, saya masih ambil job kecil-kecilan.

“Ada perancangan sebenarnya untuk bawa keluarga pergi bercuti tetapi perlu tunggu selesai semuanya dahulu,” katanya kepada Gempak.

Gembira Bersama Keluarga

Dalam masa sama, Kamal mengakui gembira bersama isteri tercinta, Uqasha Senrose dan anak, Hawra Uqaira yang baru mencecah 1 tahun.
“Tiada apa yang berlaku pun sebenarnya, kami sendiri tiada apa pun, orang yang suka kaitkan.

“Jadi kami layankan saja, penat bila nak nafikan perkara itu. Tengoklah, kami juga beraya bersama, jadi kami gembira.

“Dari situ, anda semua dah boleh tahu sebenarnya apa yang kami lakukan, tiada masalah pun,” jelasnya.
Ujar Kamal lagi, gosip dan spekulasi membabitkan rumah tangganya yang hangat diperkatakan sebelum ini memberi kesan kepada emosi dirinya.
Namun, berjaya mengawal keadaan tersebut malah berfikiran positif sahaja.
“Terasa juga sebenarnya, kita nak tahu sumber itu datang daripada mana, padahal kami okay saja.
“Biasalah kadang-kadang ada gaduh comel-comel itu antara kami saja, tak perlu dan tak ada orang tahu pun.
“Tak payah fikirlah, biar fikir kedepan saja, jadi buat baik sajalah, sekarang saya gembira bila ada Hawra,” tutupnya positif.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Anak
#Uqasha Senrose
#Kamal Adli
#Bercuti
#Berehat
#Bekerja
#Dia Imamku
Must-Watch Video