Viral

"Kami Baik-Baik & Tinggal Sebumbung!" - PU Abu Mengaku Ada Konflik Dengan Isteri Baru Tapi ...

gempak
Amri Hassan
11/07/2019
16:10 MYT
Sponsor Banner
"Kami Baik-Baik & Tinggal Sebumbung!" - PU Abu Mengaku Ada Konflik Dengan Isteri Baru Tapi ...
Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan akui berdepan konflik kecil dengan isteri barunya, Hana Azraa baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelas PU Abu hubungan mereka masih baik dan menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
"Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung.
"Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa.
"Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi.
PU Abu juga dalam pada itu menasihati semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan.
"Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!
"Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik.
"Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia," pesannya.
Terdahulu, isteri baru PU Abu, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai.
Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah.
BACA: "Kami Dalam Proses Bercerai" - Isteri PU Abu, Hana Azraa Dedah Rumah Tangga Berantakan?
BACA: PU Abu Didakwa Bercerai: "Tiada Rumah Tangga Yang Nak Pengakhiran Sebegitu" - Bekas Isteri Mohon Doa Yang Baik-Baik
Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang merupakan seorang janda.
PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp.
Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu.
PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.
*Menurut tinjauan terkini Gempak, rakaman video itu telah dipadamkan setelah dimuatnaik beberapa minit di Instagram. Bagaimanapun, berikut merupakan sedutan video penjelasan daripada PU Abu:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live