Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, mengakui sudah temui pengganti selepas bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli pada April 2016.
Menurut Cat, buat masa sekarang dia masih mengenali dan berkawan dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal yang dikenali sejak lima tahun lalu.
"Saya tak boleh bercerita lagi mengenai hal ini, kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya beritahu kepada orang ramai.
"Setakat ini saya mengakui berkawan dan keluar bersama dengan saudari ini. Boleh dikatakan kami baru dalam fasa bibit-bibit percintaan.
"Kami sudah kenal lama sejak dari Ipoh dulu dan hubungan persahabatan kami sebenarnya sudah lebih daripada 5 tahun.
"Buat masa sekarang selagi saya tidak berjumpa dengan keluarga dia saya tidak akan umumkan kepada orang ramai," katanya kepada Gempak.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Riders Gathering SPARK, di Nenda by Sarimah, pada Khamis.
Berkongsi hidup dengan Hartiny, ahli kumpulan Ruffedge itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, Eva Latheefa dan Qul Iskandar.
All Riders Gathering SPARK akan berlangsung pada 2 Mac ini di Puteri Habour, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Rozaimi Zubaidi
Fri Feb 15 2019


Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali
Viral di media sosial!

"Bawa Objek Kecil Boleh Digenggam Milik Orang Yang Telah Mati ..." - Terkini! Pesanan The Sacred Riana Kepada Audiens Di KL
The Sacred Riana Bakal Menghantui Malaysia

Lirik Lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' Yang Akan Dinyanyikan Hoondoo Di Konsert Keenam Big Stage 5!
Macam manalah persembahan Hoondoo minggu ni?

#MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”
Adlin anggap Zizan lebih layak jadi mentor.
![[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…” [VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/ekin-punya-176.png?ext=.png)
[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”
Alolo comelnya adik.

Bukan 5 Tapi Yoo Ah In Didakwa Guna 7 Jenis Dadah Termasuk Kokain, Ganja…
Alamak!

#PE3 : Kutipan Cecah RM45 Juta! Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa
Memang mantap boh!

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.

“Pandangan Yang Saya Ambil Kira Adalah Shuib & Anak-Anak” - Watie Tak Cepat Melatah Bila Netizen Sering Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
Doakan yang baik-baik untuk Watie dan Shuib.

Kajol Dakwa Berdepan Ujian Terberat, Hapus Semua Foto Rehat Dari Sosial Media
Kenapa tu Kajol?