Berita

"Kami Baru Dalam Fasa Bibit-Bibit Percintaan" - Cat Farish Sudah Temui 'Teman Istimewa'

gempak
Rozaimi Zubaidi
15/02/2019
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Kami Baru Dalam Fasa Bibit-Bibit Percintaan" - Cat Farish Sudah Temui 'Teman Istimewa'
Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, mengakui sudah temui pengganti selepas bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli pada April 2016.
Menurut Cat, buat masa sekarang dia masih mengenali dan berkawan dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal yang dikenali sejak lima tahun lalu.
"Saya tak boleh bercerita lagi mengenai hal ini, kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya beritahu kepada orang ramai.
"Setakat ini saya mengakui berkawan dan keluar bersama dengan saudari ini. Boleh dikatakan kami baru dalam fasa bibit-bibit percintaan.
"Kami sudah kenal lama sejak dari Ipoh dulu dan hubungan persahabatan kami sebenarnya sudah lebih daripada 5 tahun.
"Buat masa sekarang selagi saya tidak berjumpa dengan keluarga dia saya tidak akan umumkan kepada orang ramai," katanya kepada Gempak.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Riders Gathering SPARK, di Nenda by Sarimah, pada Khamis.
Berkongsi hidup dengan Hartiny, ahli kumpulan Ruffedge itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, Eva Latheefa dan Qul Iskandar.
All Riders Gathering SPARK akan berlangsung pada 2 Mac ini di Puteri Habour, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live