,
Laman Utama

“Kami Mangsa Keadaan” - Pasangan Suami Isteri Tampil Perjelas Kes Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Rupa-Rupanya...

Hanafis Haris
05/01/2022
06:55 MYT

Jadi mangsa keadaan, itulah yang berlaku kepada sepasang suami isteri apabila dikecam teruk selepas memuat naik video insiden seorang pemandu treler terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini. Disebabkan perkongsian tersebut, kebanyakan netizen menganggap kedua-dua mereka adalah individu yang merakam kejadian tersebut.

Enggan perkara tersebut menjadi lebih rumit dan serius, pasangan itu kemudian tampil memberi penjelasan menerusi akaun TikTok mereka.

“Mengenai insiden gambar dan video viral dari TikTok, gambar itu dihantar dalam WhatsApp dan saya cuma upload saja.

“Kami tiada kena mengena dengan kemalangan itu, kereta yang kena langgar pun bukan kereta saya,” katanya lelaki tersebut.

Menurutnya lagi, netizen boleh bandingkan suara isterinya dengan wanita yang merakam video berkenaan.,

“Bukan kami punya, kami share saja, berhentilah kecam kami.

“Laporan dah dibuat, kami pun nak minta maaf kepada keluarga. Bukan kami yang share, video tu pun bukan saya seorang saja share, ramai lagi.

“Saya jadi mangsa keadaan,” katanya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

@mubarakkhan1535
tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi♬ bunyi asal - mubarakkhan1535

Terdahulu, tular sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain.

Walau bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.

"Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

“Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: "Kesian Pakcik Tu Tahan Sakit, Dia Difitnah" - Video Tular Kemalangan, Pemandu Treler Bukan Mabuk Tapi Alami Serangan Jantung...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar