gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Kami Sah Bercerai Disember Tahun Lalu" - Keith Foo Kembali Solo

Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
24/08/2020
06:49 MYT
Sponsor Banner
"Kami Sah Bercerai Disember Tahun Lalu" - Keith Foo Kembali Solo
Pelakon Keith Foo mendedahkan dirinya sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.
Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama semenjak dua tahun lalu.
"Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.
"Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo," katanya.
Keith ditemui di sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.
Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith dan bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan yang baik.
"Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.
"Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya," katanya.
View this post on Instagram
Love this photo But sorry akim u look extra tanned ??? #skylarraymondfoo #skyfullofstars #skyfullofsmiles #skyfullofcolors #fatherdaughter #motherdaughter #sunset #family #blessed #photohgrapheritseems #loverespectunity
A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on Aug 1, 2020 at 7:55pm PDT
Tambah Keith, situasi yang dihadapi oleh dia dan bekas isterinya kini lebih baik.
"Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
"Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik," katanya lagi.
Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.
Topic Berkaitan
#cerai
#Keith Foo
#Kim Raymond
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement