Foto mengerikan pelakon Beto Kusyairi dengan bibir berjahit dalam drama bersiri eksklusif Astro GO berjudul Sembilan telah menjadi perhatian.

Foto menyeramkan itu telah dimuat naik sendiri Beto ke akaun Instagram miliknya.

Beto dalam kapsyen entri tersebut dengan berseloroh memberitahu dia membuat perkhidmatan menjahit mulut dan jari jemari sebagai satu cara mempromosikan drama tersebut.

“Kami sekeluarga menyediakan khidmat menjahit bibir khas buat mereka yang bermulut longkang.

“Kami juga sedang melebarkan sayap dengan menambah perkhidmatan lain seperti menjahit jari jemari para keyboard warrior di luar sana. Kepakaran kami diakui seluruh Malaysia dan Indonesia.

“Hubungi 1-800-#sembil9n-#astrogo untuk membuat temujanji,” tulisnya.

Foto tersebut merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Sembilan.

Rata-rata teruja untuk menonton Sembilan lakonan hebat pelakon Malaysia Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali dan Luqman Hafidz, sementara bintang Indonesia yang terlibat adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten.

Sembilan yang bergenre seram thriller ini mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam.

Drama ini boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO secara percuma mulai 6 Disember ini.

View this post on Instagram

Kami meraikan pelanggan Astro dengan sebuah siri esklusif daripada Pengarah dan Penerbit filem Pusaka, Razaisyam Rashid. “SEMBILAN” Mudah saja! Muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store. Strim “SEMBILAN” di Astro GO sekarang. #Sembilan #SembilanGo #AstroGoEsklusif #Sembil9n

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Sembilan mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimbun (lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah.

Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel). Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh dan mengabaikannya.

Pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.

Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.

Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti sewaktu kehilangannya dahulu.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah.

Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan? Nantikan di Astro GO bermula 6 Disember ini.

Untuk menonton menerusi aplikasi Astro GO, pengguna iPhone boleh memuat turun aplikasi menerusi AppStore dan pengguna Android menerusi Playstore.