Laman Utama

“Kami Tak Berpecah, Munif Tiada Sebab…” - Lama Tak Nampak, Jangan Salah Faham, Hijjaz Masih Ada

Mya Amri
29/09/2022
04:30 MYT
Anggota Hijjaz, Isman Nadim menafikan tanggapan sesetengah pihak yang merasakan kumpulan nasyid itu sudah berpecah.
Hal ini kerana salah seorang anggota kumpulan Hijjaz, Munif sering dilihat melakukan aktiviti solo selain sibuk dengan perniagaan.
Malah ketiadaan Munif di majlis pelancaran album Daqmie berjudul Sahabat Selamanya pada Rabu juga menjadi tanda tanya.
Namun jangan salah, kata Isman ketiadaan Munif pada majlis itu adalah kerana dia dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
“Mana tidak berpecah, Hijjaz masih ada. Kami okay cuma ketiadaan Munif ini kerana dia pergi mengerjakan umrah dan penerbangannya pula adalah pada hari yang sama,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Hijjaz ditemui selepas majlis pelancaran Daqmie berjudul Sahabat Selamanya bertempat di FINAS, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Isman juga menjelaskan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya vokalis itu mahu melakukan aktiviti solo kerana Hijjaz tetap menjadi keutamaan Munif.
“Kami tidak kisah jika Munif melakukan aktiviti solo kerana dia juga ada maklumkan perkara itu kepada kami dan dalam masa yang sama dia juga memberi keutamaan terhadap komitmennya bersama Hijjaz.
“Sebagai contoh sekiranya ada persembahan, Munif akan utamakan Hijjaz. Kami juga tidak terikat dengan apa-apa jadi kami tiada masalah, okay sahaja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hijjaz muncul bersama Daqmie dalam album Sahabat Selamanya.
Selain Hijjaz, kumpulan nasyid Rabbani, In-Team, Mestica juga turut bergabung dalam album yang sama.
Album Sahabat Selamanya ini bakal menemui peminat di seluruh platform digital serta dimuat naik ke platform Youtube Daqmie Official pada 9 Oktober bersempena sambutan Maulidur Rasul.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT