Ketika seluruh dunia sedang berkurung untuk membanteras wabak COVID-19, lain pula di Amerika Syarikat (AS) apabila terdapat golongan yang masih berdegil.

Malah, ratuskan individu telah berkumpul melakukan protes di jalan raya.

Rata-rata mereka menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap perintah yang melaksanakan arahan kawalan pergerakan berkenaan.

Menerusi video dimuat naik oleh NowThis Politics, sesetengah daripada mereka seolah sanggup berdepan dengan kematian COVID-19.

Malah, ada juga yang yakin bahawa tiada pademik yang berlaku di AS.

Tidak kurang juga yang merayu supaya kedai gunting rambut dibuka bagi membolehkan mereka mendapatkan gaya rambut diingini.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Untuk rekod, hingga kini Amerika Syarikat masih di kedudukan pertama iaitu 734,55 kes dengan jumlah 37,835 kematian.