Laman Utama

Kanak-Kanak 11 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 7 Kawan Abang

Awani
22/11/2023
22:45 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di sebuah kampung, di Gerik, Perak, pada 3 November lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu disaksikan oleh adik mangsa berusia sembilan tahun.
Jelasnya, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada Isnin lalu jam 9.26 malam daripada ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

BERITA TRENDING: "Bapa Jenis Apa Rogol Anak 105 Kali?" - Lelaki Dipenjara 42 Tahun, 24 Sebatan!

"Ibu mangsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka yang juga adik mangsa.
"Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lalu, sekitar jam 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia lingkungan 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

BERITA TRENDING: Keji & Biadab, Datuk, Pakcik, Jiran Ro**l Budak 7 Tahun Sampai Dijangkiti Penyakit

"Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Selain itu katanya, saksi juga memaklumkan kejadian seumpama itu sudah beberapa kali berlaku terhadap kakaknya yang tidak bersekolah.

BERITA TRENDING: Bapa Rogol 2 Anak, Dipenjara 702 Tahun & 234 Sebutan

Justeru katanya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah menahan semua suspek awal pagi semalam.
Zulkifli berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November.

PILIHAN PEMBACA: Cuba Rogol Gadis Dalam Tandas Stesen Minyak, Polis Berpangkat Konstabel Ditahan

PILIHAN PEMBACA: Bapa Ditikam 26 Kali Selepas Selamatkan Anak Yang Jadi Mangsa Rogol

PILIHAN PEMBACA: #PMTepiKakGee; Wanita Tanggung Tekanan Kerana Dirogol Abang Kandung

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

gempak
26/07/2024
03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme iru, Disember lalu.
Viral

#FailJenayah: Suzaily Dirogol, Diliwat, Dibunuh Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Imbas Kembali Kronologi Kes 24 Tahun Lalu

gempak
25/07/2024
13:55 MYT
​Berikut merupakan fakta mengenai kes yang menyayat hati yang berakhir dengan hukuman mati dikenakan terhadap pelaku jenayah berkenaan.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Berita

Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

gempak
25/07/2024
05:25 MYT
Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.