,
Laman Utama

Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 10 Ditinggalkan Sendirian, Polis Nasihat Elak Abaikan Anak

Gempak
11/02/2022
04:13 MYT
Tragis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.
"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM," katanya dalam kenyataan.
Mohd Zaid berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku," katanya.
Menurutnya, kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.