Hiburan
Karisma Kapoor Bakal Sambut 2017 Dengan Kekasih Baru Di Singapura
Pelakon Bollywood, Karisma Kapoor dilaporkan bakal menyambut tahun baru 2017 bersama kekasihnya, Sandeep Toshniwal.
Menurut laporan portal Times of India, cinta baru Karisma itu juga merupakan seorang ahli perniagaan dan hubungan cinta mereka kini bukan lagi rahsia di India.
Karisma dan Sandeep juga dikatakan kerap keluar bersama dan mereka telah bercadang untuk meraikan sambutan tahun baru di Singapura.
Bagaimanapun mereka tidak akan pergi ke Singapura berdua, sebaliknya akan membawa anak-anak Karisma iaitu Samaira dan Kiaan Raj bersama.
Bagaimanapun Samaira dan Kiaan hanya akan menyertai ibunya dan Sandeep di Singapura ketika sambutan ambang tahun baru selepas pulang dari percutian krismas mereka.
Karisma, Sandeep dan anak-anak dilaporkan pulang semula ke India pada minggu pertama Januari.
Sumber: Times of India
Must-Watch Video