Isteri kepada bekas pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri, memuat naik hantaran di Instagram memaparkan seorang individu menuduhnya tidak mahu menjaga anak-anak.

BERITA TRENDING: “Dia Sendiri Tahu Saya Tak Pernah Abaikan Anak-Anak” - Shuhada Terkilan Kediaman Diserbu...

Individu yang tidak dikenali itu mendakwa bahawa Shuhada terlalu sibuk mengejar dunia glamor sehingga tidak mempunyai masa untuk anak-anak dan memberikan tanggungjawab itu kepada ibunya.



“Kau busy dengan produk kau, busy dengan hidup acah glamor kau. Sebab tu takde masa nak jaga anak.

“That’s the real reason behind you wanting your mom untuk jadi penjaga kedua. Kau pergi busykan diri melaram jelah kak.

“Nanti anak mental tengok mak busy hidup happy pergi sana sini bergembira, mak kau kat rumah kena besarkan anak kau,” tulis individu tersebut di ruangan komen Instagram.

Komen berkenaan mendapat perhatian Shuhada dan juga warganet.



Sekadar info, Hafidz Roshdi telah melafazkan cerai terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang berusia 2 tahun.