Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah berjumpa dengan usahawan kosmetik Nur Sajat untuk memohon maaf ekoran isu tidak memilih rakannya itu dalam projek lagu raya terbaru.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Aliff datang ke rumah Sajat untuk memohon maaf dan meminta Sajat untuk tidak terlalu emosi mengenai hal itu.

"Kau jangan lah marah-marah sangat, benda kecil je pun, orang dah vote, orang dah kata suara kau tak sedap, tak sesuai, kau kena sedar diri Jat, orang tak nak kau," kata Aliff.

"Tapi lain kali janganlah memberi harapan, saya dah terlalu berharap sangat," balas Sajat.

"Kau tak payahlah kecoh-kecoh, buat malu je, lagipun suara kau bukan sedap mana pun," kata Aliff lagi.

Walaubagaimanapun, selepas perbualan itu, mereka tidak bergaduh dan kelihatan baik-baik sahaja.

Baru-baru ini, Sajat tersinggung dengan Aliff kerana memilih penyanyi Zizi Kirana untuk menggantikan tempatnya dalam menyanyikan lagu raya terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


BACA : “Suara Zizi Tak Sedap Mana, Seksi Je Lebih!” - Sajat Terkilan Kena Reject Aliff Syukri