Berita

“Kau Kurniakanlah Kesembuhan & Kekuatan Buat Abah...”- Bapa Zur Eda Jatuh Sakit

gempak
Syafiqah Jalal
12/12/2019
03:05 MYT
Sponsor Banner
“Kau Kurniakanlah Kesembuhan & Kekuatan Buat Abah...”- Bapa Zur Eda Jatuh Sakit
Bapa kepada penyanyi era 80-an, Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar kini terlantar sakit di hospital.
Zur Eda berdoa agar bapanya, Mokhtar dikurniakan kesembuhan serta kuat menghadapi ujian tersebut.
“Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim.. KAU kurniakan lah kesembuhan dan kekuatan buat Abah dalam menghadapi ujian MU YA ALLAH.. agar Abah kembali sihat seperti sediakala.. Aamin Eda sayang ABAH,” tulisnya.
Bintang Gegar Vaganza 3 itu, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama bapanya di hospital.
Rata-rata turut mendoakan agar bapanya diberi kesembuhan dan kuat menghadapi ujian tersebut.
Zur Eda memulakan kerjaya muziknya sejak 1983. Di awal kemuncak kerjayanya sebagai penyanyi, Zur Eda diberi jolokan "Sade Malaysia" kerana persembahan dan gaya muziknya yang mempunyai persamaan dengan penyanyi wanita England, Sade Adu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024