Laman Utama

“Kau Manusia Bukan Kambing,” - Kak KM Tegur Nak Diet Jangan Terlalu Cut Gula, Nanti Mulut Busuk & Rasa Lesu

gempak
Mya Amri
30/07/2023
15:00 MYT
Sponsor Banner
“Kau Manusia Bukan Kambing,” - Kak KM Tegur Nak Diet Jangan Terlalu Cut Gula, Nanti Mulut Busuk & Rasa Lesu
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM memberikan nasihat kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan berhubung penjagaan pemakanan.
Kak KM menerusi video di akaun TikTok miliknya menasihatkan mereka yang sedang melalui fasa menjaga makan atau diet tidak perlu melakukannya secara drastik.
Menurut Kak KM, pengambilan nasi dan juga sedikit gula amat penting bagi mereka yang sedang menjaga pemakanan.
“Kalau tak makan nasi, tak ambil gula satu sudu untuk satu hari, dia akan tarik muka jadi ‘haggard’.
“Orang nak ada jawline, nak apa posisi pun cantik. Tak boleh. Makan nasi sikit. Bila kau sekat semua benda tinggal makan salad hari hari…
“Kau manusia, bukan kambing. Faham tak? Jadi makan. Sebab bila kau makan sayur hari-hari, kau tak akan tahu mulut kau akan berbau. Muka akan nampak tua, tak ada tenaga, tak boleh berfikir secara sihat,” tegurnya.
@lianaroslikakkm
??
♬ original sound - kakkm@sweetdara
Dalam pada itu di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Kak KM berkenaan isu tersebut.
BACA: "Kerja Makan Gaji Memang Hidup Sederhana" - Kak KM Pernah Susah, Tergerak Hati Buat Bisnes Sampai Kaut RM1 Juta Dalam 3 Bulan!
Terdahulu, Kak KM merupakan usahawan hangat dengan kontroversi namun dalam masa sama, dia juga dikenali kerana sikap kekeluargaannya yang kuat dan menjaga ibunya penuh kasih sayang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024