,
Hiburan

“Kau Memang B***” - Bertukar Wanita, Ramli MS Ke Helen Yap ni?

Azwa Rahman
22/06/2020
05:38 MYT
Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS mencuri tumpuan ramai apabila menggunakan aplikasi FaceApp dan wajahnya bertukar wanita mirip penulis lirik Helen Yap.
Menerusi laman sosial Instagram, foto wanita tersebut dikongsi oleh pengacara Jihan Muse untuk tontonan umum.
“Bergambar kenangan dengan kak Helen Yap,” tulis Jihan ringkas pada foto bersama Tok Ram.

Bergambar kenangan dgn kak @helenyap2013

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Tok Ram kelihatan muda dengan tahi lalat tetap di pipi dan rambut paras bahu di dalam foto yang diambil semasa program Gegar Vaganza tahun lalu.
Apa yang lebih menghiburkan adalah foto tersebut turut mendapat perhatian tuan empunya badan.
“Kau memang b***. Kang aku tepek gambar gigi rupa nyah nak?” balas Tok Ram di ruangan komen.
Malah, Helen Yap turut meninggalkan komen pada foto tersebut.
“Kakakaka, mampus. Tok Ram marah nanti,” tulisnya.
Bukan sahaja mereka berdua, rata-rata wargamaya turut sama terhibur dengan wajah jelita Tok Ram.
“Tok Ram cantik la, kulit flawless,” puji seorang wargamaya.
“Allahu Tok Ram buat rebonding ke tu?” tanya seorang wargamaya.
“Dah tua tak sedar diri Ramli pun,” usik seorang wargamaya.
“Keliru saya ni, macam bini Akim, si Stacy pun ada ni,” kata seorang wargamaya.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 53,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

gempak
04/06/2024
11:37 MYT
Penyanyi, Datin Alyah mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.
Hiburan

Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”

gempak
10/01/2024
02:55 MYT
Boleh lah elak lepas ni
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina

gempak
05/12/2023
14:52 MYT
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS

gempak
05/12/2023
08:55 MYT
All the best Nana untuk final.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Saya Tak Pernah Dengar Aliff Menyanyi Dengan Banyak Kesalahan Seperti Ini” - Ramli MS

gempak
27/11/2023
00:25 MYT
Tok Ram kata Aliff nampak tak okay.
Unitar