Selain geram, Isma secara sinisnya ingin berkenalan dengan individu terbabit.
"Kau tendang tu kepala anak aku, kau bagi masa dia jalan keluar tak melawan... belakang kepala kau bagi.
"Kau ingat kepala anak aku bola ke?
"Rasa nak berkenalanlah dengan yang rembat kepala anak aku dari belakang ni," tulis Isma menerusi akaun Twitternya pagi tadi.
sajalah nak tanya sbb kita xpandai sgt taekwando ni ... boleh gini ke ? sajalah nak tanya .. https://t.co/G7T860VYdk
— ISMA (@ismalizaismaaf7) April 10, 2019
Terdahulu, anak lelaki Isma, Haiqal Aydiel berkongsi sepotong video menerusi akaun Twitternya aksi perlawanan tersebut yang berlangsung di universiti awam di Shah Alam.
"Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni.
"Katanya yang boleh rembat anak aku, aku ja," tulis Haiqal dalam status berkenaan sambil tertawa.
Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAH?
— haiqal aydiel✨ (@haiqalaydiel_) April 9, 2019
Katanya " yang boleh rembat anak aku aku ja " @ismalizaismaaf7
Location : uitm shah alam pic.twitter.com/S8sYfjdfMs
Dalam kemaskini terbaharu di Instagram Stories, Haiqal difahamkan telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan universiti terbabit.