Laman Utama
Kebenaran Melancong Di Negeri PKPB dan PKPP, Menteri Pelancongan Nasihat Patuh SOP
Pada Khamis lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kebenaran melakukan aktiviti pelancongan di negeri PKPB dan PKPP.
Keputusan kerajaan itu disambut baik ramai pihak termasuk Bahagian Promosi Pelancongan (PBB), Melaka.
PBB sebelum ini pernah mengumumkan tawaran promosi 50% diskaun kepada 664 produk di negeri Melaka jika PKP disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengurus Besar Bahagian Promosi BPP Melaka, Saari Basiron berharap penduduk Melaka sendiri dapat membantu menghidupkan kembali sektor pelancongan di sini.
Mereka boleh mengunjungi 664 produk pelancongan yang sedia ada.
Potongan 50% terbabit juga akan diberikan bagi 18 lokasi pelancongan utama untuk dilawati antaranya seperti sembilan muzium, Melaka River Cruise, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park serta Zoo Melaka.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menasihati orang ramai supaya melancong dengan selamat dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Jadilah pelancong yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa dan mempraktikkan amalan norma baharu.
"Insya-Allah, MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) akan terus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tanah air untuk bangkit semula terutama dalam situasi yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Foto: Melaka Travel Guided
Must-Watch Video