Kecewanya, Kontinjen Malaysia Hanya Muncul 10 Saat Di TV Pada Pembukaan Olimpik Paris 2024
Maliah Surip
27/07/2024 09:55 MYT
27/07/2024 09:55 MYT
Bukan seorang tapi semua rakyat yang sanggup bersengkang mata menyaksikan tayangan langsung pembukaan Olimpik Paris 2024 di televisyen melahirkan rasa kecewa kerana gagal menikmati visual yang baik saat kontinjen Malaysia berarak.
Majlis perarakan perasmian pembukaan Olimpik Paris 2024 bersiaran pada awal pagi waktu Malaysia.
Majlis perarakan perasmian pembukaan Olimpik Paris 2024 bersiaran pada awal pagi waktu Malaysia.
10 saat
Malangnya selepas menyaksikan majlis perarakan yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine itu, rakyat hanya dapat menonton kelibat kontinjen Malaysia dalam tempoh tidak lebih 10 saat!
Siaran langsung hanya menayangkan beberapa saat saja kontinjen Malaysia sebelum beralih kepada wakil dari negara lain.
Siaran langsung hanya menayangkan beberapa saat saja kontinjen Malaysia sebelum beralih kepada wakil dari negara lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza Tersepit Antara Impian Dan Serangan Israel
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Perancis Alu-Alukan Atlet Israel, Benarkan Bertanding Di Olimpik Paris
Hal itu membuatkan penonton tidak berpuas hati kerana telah menunggu sehingga sekitar pukul 3 pagi demi memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia yang bertanding.
Kontinjen Malaysia diwakili enam atlet dan empat pegawai pada acara pembukaan Paris 2024 dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.
Bertrand dan Nur Shazrin turut disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.

Wakil negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan rekaan pereka fesyen terkemuka tempatan Rizman Ruzaini.
Atlet wanita memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga sekali gus mempersembahkan imej perpaduan dimiliki rakyat Malaysia yang berbilang kaum di mata dunia.