Hollywood
Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga Hiasi Upacara Pembukaan?
Media hiburan TMZ melaporkan penyanyi berusia 56 tahun itu didapati mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di Paris Isnin lalu. Celine sebelum ini mengakui menjadi impiannya kembali ke Paris dan melihat semula Menara Eiffel.Celine turut dilaporkan bakal dibayar AS$2 juta (RM9.34 juta) hanya untuk satu lagu pada persembahannya awal pagi Sabtu ini.
TMZ menambah penyanyi yang terkenal dengan lagu My Heart Will Go On itu kini bertambah sihat selepas berjuang melawan penyakit dihadapinya.
Tiada pengumuman rasmi setakat ini walaupun Presiden Peranics Emmanuel Macron memberitahu stesen penyiaran France 2 yang beliau sangat gembira jika Celine dapat bersama pada upacara perasmian.
Celine terpaksa melupakan seketika karier nanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku Sindrom Stiff Person, yang turut didedahkan dalam dokumentari videonya I Aam: Celine Dion.
Celine bukanlah asing dengan temasya Olimpik. Beliau sebelum ini menyanyikan lagu The Power Of The Dream pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia.
Seorang lagi penyanyi terkenal Lady Gaga turut menginap di hotel Royal Monceau dan dia turut dilapor bakal sepentas dengan Celine.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai persembahan mereka kerana semuanya masih rahsia sehingga ke saat perasmian awal pagi Sabtu ini.
BERITA TRENDING: Celine Dion Buat Kejutan, Nampak Sihat Dalam Kemunculan Pertama Di Grammy 2024
BERITA TRENDING: Celine Dion Hasilkan Dokumentari Perjalanan Hidup Derita Penyakitnya, SPS
BERITA TRENDING: [VIDEO] Batalkan Konsert Jelajah, Celine Dion Dedah Hidap Stiff Person Syndrome - "Memang Sukar Bagi Saya Untuk ..."
Must-Watch Video