Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kecil-Kecil Dah Hot Gini” - Throwback Foto Lama, Fazura Dipuji Memang Cantik Sejak Azali

Mya Amri
29/07/2019 14:49 MYT
Pelakon Fazura, menarik perhatian netizen selepas memuat naik fotonya ketika zaman muda.

Terkenal dengan sikap positif, foto yang dimuat naik Fazura menerusi akaun Instagram miliknya disertakan dengan kapsyen berbentuk motivasi diri.

“Here’s my little Monday mood for you. 100% confidence! You’re welcome! - Love, miss-fantasy-is -possible-Fazbulous,” tulisnya.

Here’s my little Monday mood for you. ? confidence! You’re welcome! - Love, little miss-fantasy-anything-is-possible-Fazbulous. ??✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pujian kerana terpegun dengan kecantikan pelakon itu.

“Dari kecil suka melawa, comel kak Faz,” komen @nmawar_

“Kecil-kecil dah hot gini wey,” puji @naddyfarel

“Kecil-kecil pun dah cantik,” tulis @farhanah.said

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.
#pelakon #Pelakon #Nur Fazura