Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kecoh Prilly Latuconsina Pakai Tong Gas Golongan Miskin

Maliah Surip
10/04/2024 13:16 MYT
Pada saat masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia sedang merayakan Aidilfitri, ‘suasana’ di platform media sosial juga meriah dengan pelbagai konten.

Bagi netizen Indonesia, salah satu kisah yang mencuri perhatian adalah mengenai aktres Prilly Latuconsina yang didakwa menggunakan tong gas yang sepatutnya digunakan oleh masyarakat atau golongan miskin.

BERITA TRENDING: Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat

Tong gas berwarna hijau yang dikenal sebagai gas LPG 3kg dilihat berada di sudut dapur rumah Prilly yang disifatkan tidak layak menggunakan tong gas jenis tersebut.

Untuk golongan yang dikatakan ‘berduit’, bintang filem Budi Pekerti itu sepatutnya memakai tong gas jenis LPG 12kg.

Menyedari ramai yang kurang berpuas hati dan berasa dirinya telah mengambil hak orang miskin, Prilly muncul memberi penjelasan terhadap situasi yang sedang diperkatakan.

Menurut Prilly, tong gas yang dilihat di dapurnya dipinjamkan oleh penghantar gas yang selalu memberi servis buatnya selepas tong gas yang selalu dibeli habis.

“Lebaran masak besar lagi! Saya juga ingin menjelaskan apa yang terjadi perihal gas ya.

“Jujur saya tidak sedar awalnya sampai diingatkan kalian semua. Kelmarin langsung tanya sama orang rumah.

“Dan ternyata tabung gas itu sebenarnya dipinjamkan sama tukang kami kerana stok tong gas kami habis.

“Langsung tidak ada niat untuk saya sembunyikan apapun,” kata Prilly seperti dilaporkan Liputan6.com.

Bersama kenyataan tersebut, Prilly berkongsi video terkini suasana dapurnya.

Bintang sinetron Ganteng-ganteng Serigala menghalakan kamera ke diri sendiri dengan latar belakang tabung gas LPG 12kg warna merah jambu.

PILIHAN PEMBACA: Prilly Latuconsina Ingat Tuhan saat Berpuasa Ditengah Pandemi

#Viral #Netizen #Indonesia #Prilly Latuconsina #Miskin #Tong #Gas