Tiada angin tiada ribut, platform Twitter ‘dihujani’ dengan teori berkaitan vaksin COVID-19 yang didakwa mampu membesarkan saiz zakar manusia.

Perkara itu sekali gus menjadi topik ‘hangat' perbincangan warga maya, malah ada yang mengatakan vaksin tersebut mampu menjadikan zakar lebih besar sehingga tiga inci.

Tambah mengelirukan lagi, terdapat juga jurnal yang mengkaji teori berkenaan.

Walaubagaimanapun, teori tersebut sebenarnya sudah terlebih dahulu tular di Indonesia sekitar Januari lalu.

Menerusi laporan Health Detik, perkara berkenaan sebenarnya merupakan informasi palsu yang cuba disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Perkara itu juga disahkan oleh Agensi Dadah dan Kawalan Makanan Indonesia, Lucia Rizka.

“Ini adalah hoax (penipuan). Mana ada jurnal ilmiah menggunakan bahasa seperti itu,” katanya.

Difahamkan juga, gambar jurnal berkenaan dihasilkan atas tujuan parodi semata-mata.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat tidak mempercayai mana-mana teori mengelirukan berkaitan vaksin COVID-19.

Anda boleh lihat jurnal berkenaan di bawah.



Sumber : Health Detik