UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
VIRAL

Kedai Karpet Di Nilai 3 Terbakar, Asap Tebal Dapat Dilihat Dari Bangi

Ainun 21/02/2025 | 02:31 MYT

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan kejadian kebakaran yang sedang berlaku di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan pada pagi Jumaat.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X, orang ramai dilihat cuba untuk memadamkan api yang sedang marak di premis berkenaan serta berusaha mendapatkan bantuan dengan segera.
Dalam pada itu, salah seorang pengguna X turut berkongsi dia dapat melihat kepulan asap hitam tebal dari kebakaran tersebut dari Bangi.
"Kebakaran di Nilai 3 dari Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Adakah pihak berkuasa sudah mengambil tindakan?" ciapan seorang pengguna di X.
Pada masa sama, seorang individu turut menyatakan kebakaran itu juga dapat dilihat dari Lebuhraya PLUS, di mana pengguna jalan raya turut melaporkan mereka dapat menyaksikan kepulan asap tebal ketika melalui lebuh raya tersebut.
"Orang kata dari highway PLUS pun nampak," kongsi seorang netizen.
Bagaimanapun, penduduk yang berada di lokasi kejadian berharap tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.
"Kecoh dalam grup WhatsApp, kedai di Nilai 3 terbakar pagi tadi. Harap tiada kehilangan nyawa, tapi nampak macam kerugian besar," tulis seorang netizen.

BERITA BERKAITAN: 5 Beranak Rentung: Kaki Patah, Bersimen, Suami Tak Dapat Bantu Selamatkan Keluarga

BERITA BERKAITAN: Lima Sekeluarga Termasuk Empat Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Di Jasin

BERITA BERKAITAN: Kebakaran Di IOI Mall Damansara, Orang Awam Bertindak Pantas Kawal Api

BERITA BERKAITAN: Tiga Beranak Di Ulu Tiram Maut Melecur, Rumah Terbakar

#Kebakaran #Kedai #Karpet #Nilai #Prima