Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kedudukan Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga Selepas Siri Persembahan Cemerlang

Gempak
18/06/2024 19:00 MYT
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia pada Selasa.

Ranking Dunia

Menerusi kemas kini terbaru dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan kelapan dunia naik satu anak tangga dan berjaya meraih mata terkumpul sebanyak 78,816 sekali gus menolak kedudukan pemain perseorangan lelaki Thailand, Vitidsarn Kunlavut.

Peningkatan ini berdasarkan persembahan cemerlang beliau dalam beberapa siri kejohanan BWF tahun ini yang menyaksikannya menjuarai Toyota Terbuka Thailand 2024, naib juara Perodua Malaysia Masters 2024, dan baru-baru ini sebagai juara Sathio Group Terbuka Australia 2024.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan Malaysia, Ng Tze Yong kekal di kedudukan 18 dunia dan Leong Jun Hao di kedudukan 28 dunia.

Sumber - Stadium Astro

ARTIKEL BERKAITAN: Paksa Anak Jalan Itik, Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lai Pei Jing Dedah Jadi Mangsa Scam - “Simpanan Titik Peluh Saya Hasil Kerja Keras Selama Berdekad-Dekad…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru Masuk Kereta Dah Handsome” - Video Lee Zii Jia Dikejar Peminat Raih Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran Played Badminton, Visited Indian Barber, Tried Yee Sang During KL Stop

#Pemain Badminton #Lee Zii Jia #Badminton Malaysia #Ranking badminton
;