Sukan
Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”
Seorang lagi pemain badminton negara, Tan Boon Heong tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia hampir kehilangan semua wang simpanannya.
Dua kali kena tipu
Boon Heong yang merupakan bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia mendakwa kerugian sekitar RM2.5 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan sebanyak dua kali.“Jika anda benar-benar mahu melabur, anda sepatutnya menjadi pegawai bank dan bukannya pemain," katanya secara bersiaran secara langsung di Facebook."Saya ditipu sebanyak dua kali, sekali berjumlah AS$500,000 (RM2.3 juta) dan sekali lagi RM160,000.
BERITA TRENDING: Lai Pei Jing Dedah Jadi Mangsa Scam - “Simpanan Titik Peluh Saya Hasil Kerja Keras Selama Berdekad-Dekad…”
Rakan gandingan Koo Kien Keat itu mengatakan dia menceritakan pengalaman pahitnya agar menjadi pengajaran selain tidak mahu lebih ramai yang terpedaya dengan penipuan kerana membuat pelaburan."Melihat rakan pemain badminton saya ditipu mengingatkan saya yang pernah ditipu juga.
“Setiap penipuan yang anda alami, ia mengajar anda sesuatu. Itulah kehidupan — anda tidak boleh mengelak, setiap orang perlu mengalaminya sekurang-kurangnya sekali.
“Ingat, memberikan wang hasil titik peluh anda ke tangan orang lain dan mengharapkan untuk mendapatkannya kembali adalah mustahil. Saya cadangkan fokus pada apa yang anda boleh kawal.
"Jika anda tidak boleh kawalnya, jangan terlibat," tulis Boon Heong di Facebook miliknya.
PILIHAN PEMBACA: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"
BERITA TRENDING: 300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Mekah, Diperdaya Pakej Murah
PILIHAN PEMBACA: Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Must-Watch Video