Hiburan

Kehilangan Paling Sakit, Scha Alyahya Hampir Sebulan Tak Keluar Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia

gempak
Amri Hassan
26/01/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kehilangan Paling Sakit, Scha Alyahya Hampir Sebulan Tak Keluar Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia
Pengacara dan pelakon jelita Scha Alyahya gagal menahan sebak ketika sesi temuramah bersama media, selepas hampir dua bulan kehilangan ibu tercinta.

BERITA TRENDING: Ibu Scha Alyahya Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Kerap kali menyeka air mata, Scha, akui mengambil masa yang lama untuk berdamai dengan takdir, memujuk diri untuk mengurangkan kesedihan biarpun memori kerap mengetuk pintu hati.
Scha, 42, berkata, suami dan keluarga menjadi alasannya untuk kembali kuat dan bangkit mendepani kehidupan, terutama keluar daripada terus terperap di dalam rumah.
"Saya okey, saya okey... Alhamdulillah. Hari demi hari saya menjadi lelbih kuat dan yakin untuk keluar (dari rumah).
"Ada rakan yang beritahu sudah sebulan saya tak keluar rumah, hal itu membuatkan saya terfikir sudah sampai masa untuk saya kutip semula semangat dan move on.
"Ketiadaan mak saya memang satu kehilangan yang besar," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

Scha yang ditemui pada majlis pelancaran butik flagship Amber di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Sabtu akui kadang-kala dia hampir terlupa ibunya sudah tiada lagi.
"Rutin saya setiap hari pasti akan buat panggilan video dengan arwah, selepas shooting misalnya, masuk kereta dialah orang pertama yang saya akan hubungi.
"Bila menjadi rutin hari-hari, apabila dia sudah tiada saya kadang-kadang hampir lupa siapa lagi saya nak call? Mahu atau tidak, saya harus harungi
"Sebelum ini pun, arwah pernah pesan kepada adik saya, kalau dia sudah tiada nanti, sayalah yang dia akan paling risaukan," tambah Scha.
Ibu kepada Scha, Junaina Hasim telah meninggal dunia pada 7 Disember 2024 akibat serangan jantung.

BERITA TRENDING: Scha Alyahya Kurang Setuju Impian Miliki Oscars Dipandang Enteng - “Untuk Lihat Perkara Ini Dari Sudut Negatif Agak Sayang Sebab..”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024