Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
Mya Amri
22/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.

Sesi pujuk memujuk

Menurut Awal, dia akan mengambil masa yang sedikit lama memandang dirinya merupakan seorang yang suka berfikir mengenai kesalahan yang dilakukan manakala Scha pula lebih gemar menyelesaikan masalah secara bersemuka.

“Tempoh ‘cool down’ untuk Scha adalah satu jam tetapi saya sampai tiga hari. Saya orangnya sejenis yang suka berfikir sendiri. “Macam Scha, dia lebih suka bersemuka sebagai contoh kalau bergaduh pagi, malam sudah boleh makan bersama.

“Untuk saya pula sedikit panjang tempohnya, bukan kuat merajuk sebaliknya perlukan masa untuk muhasabah diri.
“Walaupun kadang-kadang salah saya atau pun tidak. Scha pula caranya tidak pujuk dari segi percakapan.
“Tetapi tetapi cara dia pujuk tu kita tahu yang dia pujuk, melalui kelakuan, kadang-kadang caranya dengan beli atau masakkan makanan.
“Tak adalah pujukan macam cakap ‘sayang’, tak perlu, perkara-perkara yang dilakukan begitu pun sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan kita tahu pasangan sedang cuba pujuk.
“Saya tak tahulah pasangan lain bagaimana tapi itulah yang saya rasa,” jelasnya.
Awal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kit & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Fahami pasangan antara perkara penting rumah tangga

Dalam pada itu, Scha berkata memahami pasangan juga merupakan antara perkara penting dalam hubungan suami isteri.

“Macam Awal, dia cepat merajuk dan saya pula tak pandai pujuk cuma saya akan bercakap balik dengan dia. “Itulah cara ‘bonding’ saya dengan Awal kalau ada bergaduh,” ujarnya.

Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 10 dan Lyla Amina, 3.

ARTIKEL BERKAITAN:Scha Alyahya Kurang Setuju Impian Miliki Oscars Dipandang Enteng - “Untuk Lihat Perkara Ini Dari Sudut Negatif Agak Sayang Sebab..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:Gigit Jari! Cincin Kahwin Awal Ashaari Hilang Ketika Minum Kopi Di Milan - "Dalam Beg Tu Ada Banyak Barang Sentimental"

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Je Tak Pernah Bergaduh”- Dedah Turut Hadapi Ujian Perkahwinan, Ini Cara Scha & Awal Selesaikannya

ARTIKEL BERKAITAN:“Dulu Kami Selalu Dating Dekat…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024