Laman Utama

Kejam! Ibu Masih Terlantar Atas Katil Hospital Tergamak Jual Bayi Dengan Harga...

gempak
Hanafis Haris
25/08/2020
14:28 MYT
Sponsor Banner
Kejam! Ibu Masih Terlantar Atas Katil Hospital Tergamak Jual Bayi Dengan Harga...

Kejam tapi itulah yang hakikatnya terjadi apabila bayi yang baru dilahirkan sanggup dijual kepada orang lain.

Kejadian di Kalimantan Barat, Indonesia itu dikatakan berlaku apabila seorang wanita yang baru bersalin ertindak menjual bayinya dengan harga 30 juta rupiah (RM8,500).

Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan sepasukan polis kerana terbabit dalam kegiatan pemerdagangan bayi, Khamis minggu lalu.

Menerusi laporan Tribunnews.com, ketika urusan jualan tersebut berlaku, ibu bayi berkenaan masih dirawat di Rumah Sakit Bhayangkara.

Malah, ibu bayi itu masih terbaring dan dirawat di bilik bersalin.

Walaubagaimanapun bayi tersebut telah diambil oleh pembelinya.

Difahamkan, seramai lima wanita termasuk pembeli dan ibu bayi ditahan untuk siasatan lanjut.

Lima wanita yang ditahan adalah ibu bayi, pembeli dan tiga wanita lain yang berperanan sebagai perantara.

Sumber: Tribunnews

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024