Penyanyi Mark Adam kejayaannya pada masa sekarang ini adalah hasil doa daripada ibunya.
Menurut Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah, mengakui mahu bekerja lebih keras lagi demi merealisasikan impian ibunya yang kini berada di Filipina.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi sekarang ini.
"Kejayaan saya hari ini adalah hasil doa ibu saya yang tidak berputus asa untuk melihat kejayaan saya.
"Sebelum ini,saya pernah berjanji kepadanya untuk menghadiahkan sesuatu buat dia tetapi buat masa ini saya tidak dapat berkongsi jenis hadiah.
"Jika impian itu terlaksana saya akan berkongsi dengan orang ramai menerusi platfom media sosial.
"Saya tak mahu beritahu lagi sekarang ini kerana risau ia tidak akan dapat direalisasi dan perkara itu akan membuat saya berasa malu," katanya kepada Gempak.
Mark berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran program I Can See Your Voice Malaysia musim kedua, di Horu Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program I Can See Your Voice Malaysia musim kedua akan bermula pada 23 Jun ini, setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3.