ANTARABANGSA
Kejuaraan Toyota GR Velocity ESport Musim Ketiga Bermula September Ini, Tawar Hadiah RM70,000
Perlumbaan maya anjuran Toyota akan bermula lagi September ini dengan beberapa siri pusingan kelayakan, separuh akhir serta perlumbaan kemuncak dengan format empat-saingan.
Empat pusingan kelayakan dalam talian yang terhad kepada 180 peserta setiap pusingan, akan berlangsung sepanjang dua hujung minggu berturut-turut, iaitu pada 3 sehingga 4 September dan 12 sehingga 13 September, dijangka membabitkan 720 pelumba. Pusingan kelayakan akan menggunakan litar Fuji Speedway di Jepun dengan jentera lumba GR Supra RZ.

Pertama, perlumbaan dengan 22 pusingan di Kyoto Driving Park menggunakan jentera lumba prototaip TS050 Hybrid, dan kedua menggunakan jentera Dallara Super Formula SF19 di litar Suzuka sepanjang 5.8 km dengan saingan 18 pusingan.

Ia terbahagi kepada beberapa pusingan seperti:
1. Perlumbaan pertama akan menyaksikan pelumba memandu GR Supra RZ di liter Autodrome Lago Maggiore di Itali (15 pusingan).
2. Perlumbaan kedua di Autopolis Racing Course Jepun dengan jentera FT-1 Vision Gran Turismo (18 pusingan).
3. Perlumbaan ketiga dengan jentera TS050 Hybrid di Circuit de la Sarthe di Perancis (10 pusingan).
4. Perlumbaan keempat dan terakhir di litar Spa-Francorchamps Belgium menggunakan jentera Dallara Super Formula SF19 dikuasakan oleh Toyota (18 pusingan).
Disifatkan sebagai satu daripada siri perlumbaan dalam talian tempatan yang menawarkan habuan lumayan dengan hadiah membabitkan:
- Juara - RM20,000
- Naib Juara - RM10,000
- Ketiga - RM7,000
- Keempat - RM5,500
- Kelima - RM4,500
- Keenam - RM4,000
- Ketujuh - RM3,500
- Kelapan - RM3,000
- Kesembilan - RM2,500
- Ke-10- RM2,000
- Tempat ke-11 sehingga 20 - RM500

Tiga pemenang teratas juga akan menerima penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan sukan permotoran maya yang julung kali diadakan, Piala Asia GR Supra GT 2020 yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) pada Oktober 2020. Acara berkenaan bakal menyaksikan pelumba dari Malaysia bersaing dengan pelumba terbaik dari Thailand, Singapura, Filipina dan India.

Pelumba TGR akan berentap di dalam perlumbaan 10 pusingan menggunakan Toyota GR Supra Racing Concept di litar Fuji International Speedway sepanjang 4.5 km, sementara barisan selebriti pula akan menggunakan jentera TS050 Hybrid di dalam perlumbaan 17 pusingan di Tokyo Expressway.

“Tempoh lima bulan sebelum ini memberi ruang kepada UMWT untuk merencana aktiviti perlumbaan maya dan membawakan semangat lumba Gazoo serta sukan perlumbaan kepada orang ramai," katanya.
Untuk maklumat lanjut tentang Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports dan untuk mendaftarkan penyertaan, sila layari www.toyota.com.my.
Must-Watch Video