Filem Wira dan Pusaka mengungguli carta Top 10 Movies GSC dengan mendapat tempat kedua dan ketiga.

Berita gembira ini dikongsikan di laman sosial Instagram Astro Shaw.

WOW dua jejaka idaman kini sedang ungguli carta box office di pawagam!! Filem #Pusaka dan #Wira menjadi pilihan ramai. Terima kasih semua kerana menonton. Ada ke yang belum tengok lagi? Kalau belum jom beli tiket sekarang.. . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang . #WIRA KINI DI PAWAGAM #Wira #MatiBerdiri #HidupMelutut #Wira2019

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


"Wow dua jejaka idaman kini sedang ungguli carta box office di pawagam! Filem #Pusaka dan #Wira menjadi pilihan ramai.

"Terima kasih semua kerana menonton. Ada ke yang belum tengok lagi? Kalau belum jom beli tiket sekarang," tulis pengendali akaun.

Bersaing dengan filem-filem antarabangsa yang lain, Wira mengukuhkan kedudukan dengan meraih kutipan RM2.2 juta dalam masa empat hari dan semakin mendapat sambutan!

Filem Pusaka pula terus membara dengan meraih kutipan sebanyak RM12.5 juta dalam masa 25 hari tayangan!

Filem Wira yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem Pusaka pula merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Wira dan Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.