Gaya Hidup
Kekal Sihat Di Usia 94 Tahun, Ini 6 Perkara Mengenai Tun M Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Perdana Menteri kesayangan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-94 pada hari ini.
Kekal sihat sehingga kini, Tun Dr. Mahathir yang mesra disapa dengan nama Tun M mempunyai beberapa perkara yang sering dilakukan dan mungkin ada yang tidak tahu mengenai perkara ini.
Gempak senaraikan beberapa perkara menarik mengenai Tun M:
1. Sering Bawa Buku Catatan & Pen
Perkara ini didedahkan oleh bekas pengawal peribadi Tun M, Saad Hashim.
Menurut Saad, tabiat yang masih kekal pada Tun M ialah dia sering membawa buku catatan dan pen untuk mencatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.
Buku catatan dan pen seperti sudah menjadi nyawa Tun M kerana beliau tidak akan ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.
2. Menepati Masa
Menurut Saad lagi, sepanjang berkhidmat selama 30 tahun dengan Tun M, beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa.
Bagi Tun M, masa adalah seperti emas dan sangat berharga. Setiap kali jika ada sebarang program semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.
3. Mempunyai Diet Pemakanan Tersendiri
Makanan yang dihidangkan kepada Tun M mestilah mengikut diet Perdana Menteri itu dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah.
Makanan yang disajikan kepada Perdana Menteri juga haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau cef peribadinya.
4. Tak Makan Ikan
Tun M juga tidak makan hidangan yang berasaskan ikan. Perkara itu dididik oleh ibunya sejak kecil lagi.
Tun M juga tidak makan lala dan sotong serta makanan pedas.
5. Makan Semua Jenis Buah, Kecuali...
Menerusi senarai makanan yang didedahkan baru-baru ini, Tun M menikmati semua jenis buah kecuali buah naga.
6. Teh Madu Bersama Lemon Jadi Pilihan
Dari segi minuman pula, Tun M sering dihidangkan air mineral jenama Spritzer, kopi tanpa caffein serta teh madu bersama lemon.
Bersempena dengan hari lahir Tun M, jom saksikan lagu remake khas berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah.
Lebih indah lagi, lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.
Menerusi muzik video itu juga, turut dirakamkan momen-momen manis dan gelagat comel Tun M bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.
Selain itu, Gempak juga menitipkan sisipan ucapan-ucapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pasangan kesayangan negara ini.
Must-Watch Video