Jaguh badminton negara Tan Boon Heong mencuri perhatian ramai dengan ulasannya yang bersahaja terutamanya selepas aksi pemain perseorangan Lee Zii Jia tewas kepada Chen Long daripada China.

Menerusi laman sosial Twitter, Boon Heong memberikan kata-kata semangat yang santai kepada Zii Jia serta memohon agar rakyat Malaysia menerima kekalahan semalam dengan hati yang terbuka.

Pada masa yang sama, Boon Heong turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada laman sosial kerana telah mendekatkan dirinya dengan peminat sukan badminton tanahair.

Malah, Boon Heong yang turut diundang menjadi pengulas jemputan di studio Astro Arena turut digemari ramai dengan ulasannya yang kelakar dan santai.

Menerusi salah satu slot ulasannya, Boon Heong meminta agar rakyat Malaysia sembahyang dan mendoakan kemenangan para atlet badminton negara.

Dia juga sempat menasihatkan para pemain agar tidak takut dengan lawan menerusi penggunaan bahasa 'jangan kanchiong' yang membuat netizen terhibur.

Sementara itu di laman sosial yang sama, nama Boon Heong turut trending di mana rata-rata wargamaya memuji personaliti anak kelahiran Kedah itu.

TBH dah tak jadi to be honest. Skrg TBH dah jadi Tan Boon Heong. Orang Kedah memang sempoi,” komen seorang wargamaya.

Maybe sebab match Lee Zii Jia dengan Chen Long tadi. So aku macam entah, seronok baca tweets netizen. Stalk Tan Boon Heong satu hal lah hahahahaha hampir tiap hari aku tengok muka dia kat Astro Arena. Santai mat,” kata seorang wargamaya.

Next time ada kejohanan badminton lagi, @ASTROARENA please invite Tan Boon Heong jadi pengulas/guest. Kelakar betul dia,” puji seorang wargamaya.

I terhibur baca tweet Tan Boon Heong. He sounds exactly like my colleague bila cakap BM comel nak mampos,” ujar seorang wargamaya.

Tan Boon Heong deserves a follow. tak sangka dia kelakar macamtu hahahahaha,” tulis seorang wargamaya.

Best tengok Tan Boon Heong bagi komen. Kaw-kaw santai, semayang kuat,” usik seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Boon Heong yang baru membuka akaun Twitternya dua hari lalu kini berjaya mengutip seramai 34,000 pengikut.

Untuk rekod, Tan Boon Heong adalah pemegang rekod dunia bagi smash terpantas (lelaki) dengan kelajuan 493km/j dengan menggunakan raket Nanoray Z-Speed keluaran Yonex.