,
Berita

Kelantan Negeri Tertinggi Di Pantai Timur Daftar Sistem PADU

Awani
25/03/2024
03:18 MYT
Kelantan menjadi negeri Pantai Timur paling tinggi penduduknya yang mendaftar maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan jumlah 484,639 sehingga Sabtu.

BERITA TRENDING: Bayaran Imam Tarawih Di Kelantan Cecah Lima Angka

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, angka itu bersamaan 38.8 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta penduduk.
“Bermula 2 Januari lalu hingga semalam, seramai 484,639 penduduk Kelantan berjaya mengisi PADU bagaimanapun kami mahu jumlah mendaftar yang lebih tinggi.
“Kita ada masa berbaki sehingga 31 Mac ini dan menyeru semua untuk segera mengemas kini PADU supaya tidak tercicir daripada mendapat segala bantuan kerajaan sebagaimana diumumkan,” katanya kepada pemberita pada Program Daftar PADU bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim di Pejabat Penerangan Kota Bharu pada Ahad.

BERITA TRENDING: Halim Yazid Kahwini Peminat Usia 21 Tahun! - "Isteri Pertama Tahu Hubungan Kami, Mereka Tak Gaduh"

Selepas Kelantan, jumlah penduduk mendaftar PADU di Pantai Timur tersebut diikuti Pahang iaitu 406,892 dan seterusnya Terengganu 355,836.

PILIHAN PEMBACA: Persetubuhan Dengan Mayat, Liwat... Ini Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan Yang Terbatal

Menurut Muhd Nor Aswadi, bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendaftar, Jabatan Perangkaan (DOSM) Kelantan mengambil tindakan proaktif membuka kaunter-kaunter di pejabat jabatan itu dan beberapa kawasan terpilih.
“Orang ramai boleh mendaftar PADU menerusi telefon bimbit masing-masing dan jika memerlukan bantuan boleh ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau ke mana-mana pejabat JaPen.
“Selainnya, ada juga kaunter-kaunter yang dibuka di pasar raya Mydin bagi memudahkan masyarakat terutamanya orang kampung untuk mengisi ataupun mengemas kini PADU,” kata beliau.
Tambahnya, orang ramai juga tidak perlu bimbang isu keselamatan maklumat mereka di dalam PADU dan memberi jaminan perkara itu adalah kerahsiaan.
“Sebagaimana disebut beberapa kali oleh menteri yang berkaitan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan maklumat ini terjamin, pertamanya PADU diselenggara oleh pegawai-pegawai kerajaan dan mereka tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.
“Kedua, PADU mengguna pakai sistem yang dikelolakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan beberapa agensi kerajaan yang sememangnya bertugas untuk menjamin keselamatan data pengguna,” ujar beliau.
Terkini, akhbar melaporkan kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan proses pendaftaran dan kemas kini PADU yang akan berakhir pada 31 Mac ini kerana mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.

BERITA TRENDING: Wanita Seksi Berkonsert Di Kelantan? Ini Penjelasan Sebenarnya...

Kredit foto: iStock
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Unitar