Berita

Bayaran Imam Tarawih Di Kelantan Cecah Lima Angka

Gempak
26/02/2024
06:55 MYT
Bayaran imam bagi solat tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di Kelantan.
Perkara itu diakui sendiri oleh Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain, 30, yang menyifatkan perkara tersebut tidak didedahkan kepada umum sebelum ini.

BERITA TRENDING: Imam Meninggal Dunia Terkejut Jenazah Bakal Dikebumi Hidup Semula

"Sepertimana kami menawarkan RM6,000 kepada imam tarawih untuk Ramadan kali ini.
"Di masjid kami, sepanjang 30 Ramadan akan ada dua imam yang bertugas dan bayarannya mencecah RM12,000 untuk sebulan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum itu hantaran Ahmad Maher mencari imam tarawih dengan bayaran RM6,000 sepanjang Ramadan tular di media sosial sejak Jumaat.
Beliau turut memaklumkan bayaran imam tarawih di Madinah Ramadan juga mencecah hampir RM20,000.
Menurut beliau, tujuan menguar-uarkan bayaran sebagai imam tarawih itu adalah untuk membuka mata semua pihak sekali gus mengangkat lagi imej imam.
Ahmad Maher memberitahu, ia juga bagi memberi kesedaran bahawa bayaran imam perlu dinaikkan berpandukan kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Ujarnya, tawaran tersebut hanya terbuka kepada warga tempatan sahaja yang mempunyai kelayakan menjadi imam.
Ahmad Maher berkata, semasa berusia 14 tahun, beliau pernah menjadi imam tarawih dan hanya menerima sebekas kuih akok sepanjang Ramadan.
Katanya, zaman sudah berubah, apabila diusia sekarang beliau dibayar RM1,000 satu malam untuk menjadi imam tarawih jemputan di Kuala Lumpur.
"Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah, selain tampil dengan bacaan yang merdu, kami juga perlu menjaga kualiti bacaan, sebutan dan sifat huruf dengan penuh rapi serta sebaik mungkin.
"Hal ini bagi memastikan ia tidak melanggar hukum tajwid," katanya.
Ujarnya, pada masa sama, beliau lihat pihak masjid yang menggunakan khidmat imam terawih perlu kreatif dalam mencari sumbangan.

BERITA TRENDING: Imam Terlupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Dengan 3,000 Jemaah Diulang

"Janganlah hanya bergantung kepada tabung masjid semata-mata.
"Malah jemaah serta orang ramai juga sanggup menyumbang bagi merebut pahala berganda sepanjang Ramadan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

gempak
19/06/2024
05:55 MYT
Pelakon Aedy Ashraf meluahkan perasaan gembira apabila penantiannya untuk berlakon menggunakan loghat Kelantan dalam naskhah seni akhirnya tercapai.
Salam Muslim

Hafal Al-Quran Sejak Muda, Mengajar Matematik Di Makkah Antara Fakta Menarik Tentang Sheikh Maher, Penyampai Khutbah Arafah Tahun Ini

gempak
16/06/2024
01:44 MYT
Tahun ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah.
Filem

Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

gempak
03/06/2024
13:54 MYT
Fenomena The Experts yang kini menguasai pawagam ternyata memberikan kesan buat peminat filem tempatan.
Viral

Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti

gempak
26/05/2024
09:25 MYT
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Mufti.
Viral

Wanita Mengaku Salah Menyundal

gempak
11/05/2024
02:50 MYT
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.