Laman Utama

“Kelas 8AM hingga 6PM, Lari Pergi Shoot Sampai 4AM, 8AM Masuk Kelas Balik,” - Sweet Qismina Imbau Detik Manis Saat Busy Berlakon & Belajar

Izwan Isa
15/03/2022
11:50 MYT
Semalam, pelakon Sweet Qismina, 25, berkongsi momen gembira menggenggam segulung ijazah selepas hampir dua tahun menunggu saat indah berkenaan.
Menerusi beberapa kemas kini di Instagram, Sweet berkata, dia berasa sangat bersyukur memandangkan segala penat lelahnya sebagai pelajar sepenuh masa yang turut sibuk berlakon kini membuahkan hasil.
“Sudah lama saya tunggu saat ini. Dua tahun tunggu tau sebab COVID-19. Alhamdulillah, dapat pun pakai jubah ni. Telah bersusah payah bekerja dan belajar sejak sekolah rendah, hanya orang terdekat dan Allah sahaja tahu betapa penatnya fizikal dan mental saya nak lalui fasa itu.
“Bila orang tanya bagaimana nak kerja dan belajar sepenuh masa macam saya? Jawapan saya hanya, kalau awak kuat, cubalah. Jika tak kuat, jangan teruskan. Awak akan sakit,” katanya.
Menurut pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi itu, dia begitu menyukai zaman belajarnya yang begitu padat dengan jadual belajar dan juga kerja.
“Zaman sekolah dulu kan, pagi pergi sekolah, habis sekolah shooting, habis shooting malam tuisyen, peperiksaan pagi, petang shoot sampai Subuh, lari pergi sekolah untuk peperiksaan yang seterusnya.
“Masuk universiti pun sama. Kelas 8 pagi hingga 6 petang, lari pergi shoot sampai 4 pagi, 8 pagi masuk kelas balik. Tapi sebab saya nak. Saya inginkan kedua-duanya sebab saya tahu saya boleh.
“Mama selalu pesan kalau nak berlakon saya kena belajar. Jadi, sakit macam mana pun saya akan belajar sebab saya nak.
“Zaman kanak-kanak saya yang paling best. Pengalaman yang mahal. Rasa puas sangat. Saya push diri saya selama 14 tahun untuk lengkaplan zaman belajar saya. Terima kasih kepada Mama. So next, maybe Master,” ujar Sweet lagi.
Pelakon yang popular dengan drama kanak-kanak Hikayat Putera Shazlan itu merupakan graduan Komunikasi Massa dari Kolej Universiti SEGI.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

I Am Not Stupid 3: Bila Mak-Mak Terlampau Obses Dengan Keputusan Peperiksaan Anak, Natijahnya ...

gempak
04/07/2024
14:45 MYT
Francais filem I Am Not Stupid memasuki edisi ketiga, mengangkat tema tekanan sistem pendidikan dan bagaimana tekanan itu mampu mencetuskan ketegangan dalam institusi kekeluargaan.
Hiburan

"Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

gempak
23/06/2024
11:00 MYT
Pelakon, Hafidz Roshdi memanjatkan rasa syukur kerana dapat berlakon kembali selepas lebih setahun tiada tawaran.
Berita

Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”

gempak
29/05/2024
02:42 MYT
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.