Kelayakan Piala Dunia: Palestin Cipta Sejarah Pertama Kali Mara Ke Pusingan Ketiga
Gempak
08/06/2024 01:43 MYT
08/06/2024 01:43 MYT
Di sebalik pergolakan yang berlaku di tanah air sendiri, skuad bola sepak kebangsaan Palestin tetap berjaya menampilkan persembahan mengagumkan di sepanjang kempen Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Fokus yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Makram Daboub dalam menghadapi perlawanan-perlawanan penting membuahkan hasil apabila mereka berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan ketika menentang Lubnan sudah memadai untuk mereka mencipta sejara gemilang berkenaan.
Walaupun berdepan dengan cabaran getir lawan, Palestin hanya memerlukan satu mata sahaja untuk memastikan tempat mereka di pusingan seterusnya terjamin.
Dengan dua kemenangan, dua kali seri dan sekali tewas, Palestin mengumpul sebanyak 8 mata untuk berada di tangga kedua Kumpulan I.
Manakala carta kumpulan berkenaan diterajui oleh Australia dengan 15 mata selepas mencatatkan kemenangan dalam semua lima perlawanannya.
Berbaki satu perlawanan yang tinggal, apa pun keputusan yang dicatatkan Lubnan selepas ini tidak akan mampu mengganggu gugat lagi kedudukan Palestin.
Satu mata berharga yang dibawa pulang dari tempat lawan itu memastikan harapan Malaysia untuk mengakhiri pusingan kedua kempen kelayakan ini masih ada.
Bagaimanapun, Malaysia perlu mencatatkan kemenangan besar ketika menentang Chinese-Taipei sambil mengharapkan lawana mereka semalam tewas di tangan Oman.
Berbaki satu perlawanan, Malaysia ketika ini berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata. Manakala posisi kedua diisi oleh Kyrgyzstan yang mengumpul 10 mata daripada lima perlawanan.
Manakala Oman, sudah pun mengesahkan kemaraan dengan 12 mata yang mereka miliki.
Fokus yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Makram Daboub dalam menghadapi perlawanan-perlawanan penting membuahkan hasil apabila mereka berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tewaskan Lubnan
Malah, mereka juga sudah berjaya mengesahkan penyertaan mereka, buat kali keempat berturut-turut, ke Piala Asia yang akan berlangsung di Arab Saudi pada 2027 nanti.Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan ketika menentang Lubnan sudah memadai untuk mereka mencipta sejara gemilang berkenaan.
Walaupun berdepan dengan cabaran getir lawan, Palestin hanya memerlukan satu mata sahaja untuk memastikan tempat mereka di pusingan seterusnya terjamin.
Dengan dua kemenangan, dua kali seri dan sekali tewas, Palestin mengumpul sebanyak 8 mata untuk berada di tangga kedua Kumpulan I.
Manakala carta kumpulan berkenaan diterajui oleh Australia dengan 15 mata selepas mencatatkan kemenangan dalam semua lima perlawanannya.
Berbaki satu perlawanan yang tinggal, apa pun keputusan yang dicatatkan Lubnan selepas ini tidak akan mampu mengganggu gugat lagi kedudukan Palestin.
BERITA TRENDING: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Seri 1-1, Republik Kyrgyz Sekat Hajat Harimau Malaya Pungut Mata Penuh
BERITA TRENDING: Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia Cipta Sejarah, Dinobat Juara Sepak Takraw Dunia!
BERITA TRENDING: Selepas Sami Buddha, Netizen Usik Wajah DSV Mirip Penyokong Korea Selatan Pula! Ini Respons Tuan Badan
BERITA TRENDING: Aksi Syihan Tepuk Punggung Son Heung Min Raih Perhatian Netizen - “Mesti Dia Cakap, Gwenchana Son”
BERITA TRENDING: Penampilan Macam Goku, Rupanya ‘Mamat Cina’ Menangis Tengok Bola Jual Motor Demi Ke Doha Sokong Harimau Malaya
Malaysia masih ada peluang, namun getir
Dalam pada itu, Malaysia menghidupkan peluang untuk mara lebih jauh dalam kempen kelayakan yang sama selepas merekodkan keputusan seri dengan Kyrgyzstan semalam.Satu mata berharga yang dibawa pulang dari tempat lawan itu memastikan harapan Malaysia untuk mengakhiri pusingan kedua kempen kelayakan ini masih ada.