Laman Utama
Keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair Kenal Bakal Suami Baru Bunga Citra Lestari, Pernah Sambut Raya Bersama
Berita Bunga Citra Lestari bakal berkahwin baru selepas empat tahun suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia masih menjadi topik hangat di Indonsia.
BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Sudah Move On, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali
Selain melaporkan bintang terkenal itu akan berkahwin dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana di Bali pada 2 Disember ini, media tempatan turut mencari tahu situasi bekas keluarga mentua Bunga atau BCL mengenai khabar baik tersebut.Menurut Insertlive, keluarga Allahyarham Sinclair terutama ibunya, Dida didakwa telah memberi restu jika bekas menantunya, BCL ingin berumah tangga semula.
Dida dan keluarga juga dilaporkan telah berkenalan dengan Tiko sewaktu sama-sama menyambut perayaan Aidilfitri tahun lalu.
Pada foto yang beredar di internet, Tiko juga dilihat memakai busana raya yang sama dengan anak lelaki hasil pernikahan 12 tahun BCL dan allahyarham Ashraf iaitu Noah.
Laporan sama turut mengulang tulis doa yang pernah dititip Dida pada tahun 2020. Dida waktu itu mengucapkan tahniah di atas kelahiran lagu 12 Tahun Terindah dan berharap BCL boleh meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Ashraf.
“Doa saya agar Bunga mendapat bimbingan Allah swt, tetap kuat dan sehat, bahagia dan bersyukur serta bisa berkontribusi, warisan yang Alm Ashraf tinggalkan untuk Bunga, Noah dan kita semua. Saatnya mengambil yang lain langkah untuk move on... kami bersamamu Bunga.”tulisnya.
PILIHAN PEMBACA: BCL Didakwa Sudah Ada Kekasih, Siapa Duda Bernama Tiko Aryawardhana?
Must-Watch Video