,
Berita

"Keluarga Cikgu Istiqomah Diberi Khidmat Psikososial Berterusan" - Fadhlina

Gempak
20/08/2024
09:19 MYT
Keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang masih bersekolah akan diberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, pihaknya sudah menyediakan komitmen bagi sokongan psikososial kepada keluarga berkenaan.

"Kita harap ia (kaunseling) diberi secara berterusan dan saya minta Ketua Pengarah (Pendidikan) melihat keperluan untuk menyokong dari pelbagai aspek khususnya bagi anak yang masih bersekolah.

"Saya merakamkan takziah dan pada kesempatan ini kita telah sampaikan sumbangan bagi memberi sokongan kepada keluarga termasuk daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Istiqomah di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Kuala Terengganu.
Fadhlina berkata, selain sumbangan YGTHO, pihaknya turut melihat keperluan lain termasuk pemberian pencen untuk keluarga serta kebajikan untuk anak-anak Allahyarham.
"Sumbangan kebajikan ini turut diberikan kepada anak yang masih bersekolah.
"Kejadian ini memberi kesan yang menyayat hati apatah lagi Cikgu Istiqomah seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai pendidik.
"Allahyarham sudah lama berkhidmat sebagai pendidik di sekolah rendah di Johor dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan seorang yang komited dengan kerjanya," ulasnya.

BERITA TRENDING: Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Kepada Keluarga Tanpa Kaki Dan Tangan

BERITA TRENDING: Bekas Guru Dituduh Bunuh Cikgu Istiqomah

BERITA TRENDING: Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

BERITA TRENDING: Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Kepada Keluarga Tanpa Kaki Dan Tangan

gempak
19/08/2024
08:35 MYT
Keluarga menerima dengan baik keadaan jenazah yang diserahkan kepada mereka
Berita

Suspek Utama Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Tiba Di Mahkamah

gempak
19/08/2024
02:20 MYT
Suspek pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 tahun tiba di Mahkamah Alor Gajah, untuk pertuduhan.
Berita

Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

gempak
12/08/2024
07:20 MYT
Suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 34, menuntut hukuman berat terhadap pelaku yang membunuh isterinya dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Terkini

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

gempak
12/08/2024
06:34 MYT
Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.
Berita

Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah

gempak
12/08/2024
03:30 MYT
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33.